Kopi memang tidak dapat dinafikan sebagai diantara minuman yang paling popular yang ada di dalam dunia.
.
Antara manfaat utama yang ada pada air kopi adalah ia mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan pelbagai manfaat lain.
.
Kajian juga banyak membuktikan bahawa ia mampu untuk mengurangkan masalah-masalah kesihatan yang serius.
.
.
Dibawah ini kami akan kongsikan 13 manfaat yang ada padanya baik dari serbuk kopi, biji kopi, kopi panas, kopi ais atau kopi tarik.
.
.
1. Meningkatkan Tenaga Badan
.
.
.
.
Ia sangat membantu untuk menghilangkan rasa letih dan mampu untuk meningkatkan paras tenaga dalam badan. (Kajian 1)
.
Hal ini kerana ia mempunyai perangsang yang dikenali sebagai kafein yang merupakan bahan psikoaktif yang paling kerap digunakan di dalam dunia. (Kajian 2)
.
Di dalam otak, kafein akan menghalang inhibitory neurotransmitter adenosine dan apabila ia berlaku, jumlah neurotransmitter lain seperti norepinephrine dan dopamine akan turut bertambah.
.
Hal ini akan membawa kepada penambahan neuron. (Kajian 3)
.
Banyak juga kajian lain yang menunjukkan sesiapa yang mengambil kopi mampu untuk meningkatkan pelbagai fungsi otak seperti:
- Memori
- Mood
- Tahap tenaga
- Tindak balas
.
.
2. Kopi Bantu Bakar Lemak
.
.
.
.
Kafein juga dijumpai dalam kebanyakan suplemen pembakar lemak dan ia merupakan diantara beberapa bahan semulajadi yang mampu untuk membantu proses pembakaran lemak.
.
Beberapa kajian turut menunjukkan ia mampu memberikan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11% (Kajian 4), dan kajian lain pula menunjukkan ia mampu membakar 10% lemak individu obes dan 29% untuk individu biasa (Kajian 5).
.
Namun, ada kemungkinan juga kesannya akan berkurangan bagi mereka yang mengambilnya dalam satu tempoh yang lama.
.
Setakat ini, kajian memang membuktikan bahawa kafein mampu untuk meningkatkan kadar pembakaran lemak dan juga meningkatkan kadar metabolisma badan anda.
.
.
3. Meningkatkan Prestasi Fizikal
.
.
.
.
Kafein yang ada didalam semua jenis kopi mampu untuk merangsang sistem saraf anda dan mengisyaratkan sel lemak untuk dipecahkan menjadi lemak badan. (Kajian 6)
.
Ia juga meningkatkan paras adrenalin di dalam darah anda yang menyediakan badan untuk bertindak balas dengan apa-apa aktiviti fizikal yang berat.
.
Kafein juga membantu untuk memecahkan lemak badan sekaligus menjadikan ia sebagai asid lemak yang boleh digunakan sebagai tenaga.
.
Disebabkan itu jugalah kafein yang ada di dalam kopi mampu untuk meningkatkan prestasi fizikal sekitar 11-12 peratus secara purata.
.
Jadi, tak pelik juga kalau anda mengambil kopi terlebih dahulu sekitar setengah jam sebelum anda melakukan senaman di gym.
.
.
4. Kopi Mengandungi Nutrien Penting
.
.
.
.
Banyak sebenarnya nutrien yang anda boleh dapatkan daripadanya seperti:
- Riboflavin (vitamin B2)
- Pantothenic acid (vitamin B5)
- Manganese dan potassium
- Magnesium dan niacin (vitamin B3)
.
Walaupun jumlahnya bukanlah dalam kuantiti yang banyak seperti anda mengambil minuman atau makanan semulajadi yang menyihatkan, anda perlu tahu bahawa individu biasanya mengambil beberapa cawan kopi dalam sehari.
.
Nutrien-nutrien ini semuanya sangat penting untuk kesihatan anda.
.
.
5. Mampu Rendahkan Risiko Diabetes
.
.
.
.
Diabetes Jenis 2 merupakan diantara masalah utama yang sering kali dihadapi oleh mereka yang berada di Malaysia dan juga seluruh dunia.
.
Ia dikaitkan dengan penambahan paras gula dalam darah yang disebabkan oleh rintangan insulin atau mengurangkan kebolehan untuk merembes insulin.
.
Kajian menunjukkan mereka yang meminumnya mempunyai 23-50% potensi untuk mengurangkan risiko mendapat penyakit ini. (Kajian 7)
.
Dalam 18 kajian lain pula yang melibatkan lebih 457 ribu individu, setiap cawan kopi secara harian mampu untuk mengurangkan risiko diabetes sebanyak 7%.
.
.
6. Melindung Daripada Alzheimer dan Dementia
.
.
.
.
Penyakit Alzheimer merupakan diantara masalah berkaitan neuron yang paling kerap berlaku dan menjadi punca utama berlakunya masalah dementia di seluruh dunia.
.
Keadaan ini biasanya akan berlaku kepada individu yang berusia 65 tahun ke atas dan sehingga ke hari ini, masih lagi tiada sebarang cara untuk menyembuhkannya.
.
Antara cara untuk mengelakkannya adalah dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat selain turut mengamalkan pengambilan kopi secara harian.
.
Beberapa kajian yang dijalankan terhadap peminum kopi dimana ia menunjukkan pengurangan risiko penyakit Alzheimer sebanyak 65%.
.
7. Mengurangkan Risiko Parkinson
.
.
.
.
Parkinson pula merupakan masalah neuron kedua yang paling kerap berlaku di dunia ini selepas masalah Alzheimer.
.
Ia disebabkan oleh neuron yang menghasilkan dopamine pada otak anda telah berhenti berfungsi atau gagal untuk berfungsi dengan baik.
.
Sama seperti Alzheimer, ia juga tidak mempunyai cara rawatan yang mampu merawatnya namun lebih baik untuk anda fokus pada cara untuk mencegahnya.
.
Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kopi mampu untuk mengurangkan risiko terkena Parkinson dimana ia mampu mengurangkan risiko sebanyak 32-60%. (Kajian 8)
.
.
8. Melindungi Hati
.
.
.
.
Hati anda merupakan organ penting yang mampu untuk melakukan lebih daripada ratusan fungsi penting untuk tubuh anda.
.
Ada beberapa masalah utama yang biasanya menyerang hati ini iaitu:
- Hepatitis
- Masalah fatty liver
- Banyak lagi
.
Kebanyakan masalah ini akan membawa kepada chirrhosis dimana hati anda akan digantikan dengan tisu parut.
.
Menariknya, kopi mampu untuk melindungi diri adna daripada menghadapi masalah cirrhosis dimana kajian menunjukkan mereka yang minum sekitar 4 atau lebih cawan kopi sehari mampu mengurangkan risiko sebanyak 80%. (Kajian 9)
.
9. Mampu Mengatasi Tekanan
.
.
.
.
Masalah tekanan merupakan diantara masalah yang paling kerap dihadapi oleh ramai individu sekarang ini dan ia akan mengurangkan kualiti kehidupan anda.
.
Dalam sebuah kajian di Harvard yang diterbitkan pada 2011, mereka yang minum 4 cawan atau lebih kopi sehari mampu untuk mengurangkan risiko mengalami tekanan sebanyak 20%. (Kajian 10)
.
Dalam sebuah kajian lain yang melibatkan 208,424 individu, mereka yang minum dalam jumlah seperti yang dinyatakan tadi adalah 53% lebih kurang berisiko untuk membunuh diri. (Kajian 11)
.
.
10. Mengurangkan Risiko Kanser Tertentu
.
.
.
.
Kanser merupakan diantara apa yang menjadi punca kematian utama di dunia dimana ia berkaitan dengan tumbesaran sel yang tidak terkawal di dalam badan anda.
.
Kopi dikatakan mampu untuk melindungi mereka yang gemarkannya daripada dua jenis kanser ini iaitu:
- Hati
- Usus
.
Kanser hati merupakan kanser ketiga yang menjadi punca kematian di seluruh dunia manakala kanser usus pula berada pada tangga keempat. (Kajian 12)
.
Kajian mendapati bahawa mereka yang gemar untuk minum kopi mampu untuk mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 40%. (Kajian 13)
.
Manakala dalam kajian yang melibatkan 489,706 individu pula, mereka yang minum sekitar 4-5 cawan kopi sehari mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 15%. (Kajian 14)
.
11. Tidak Menyebabkan Masalah Jantung
.
.
.
.
Kalau dulu, ramai yang suka mengatakan bahawa kopi mampu untuk meningkatkan risiko terkenanya sakit jantung disebabkan oleh kafein kerana ia meningkatkan tekanan darah anda.
.
Tidak dinafikan bahawa ia meningkatkan tekanan darah anda sebanyak 3-4 mm/Hg dimana ia adalah sangat rendah dan tidak membahayakan. (Kajian 15)
.
Jelaslah disini bahawa banyak kajian yang tidak bersetuju bahawa ia mampu untuk meningkatkan risiko untuk anda terkena masalah jantung.
.
Sebaliknya pula yang berlaku kerana ada kajian yang mengatakan bahawa kopi mampu untuk mengurangkan risiko terkena masalah ini dan juga strok sebanyak 20%. (Kajian 16)
.
.
12. Mampu Bantu Anda Hidup lama
.
.
.
.
Disebabkan oleh mereka yang minum kopi berkemungkinan besar berisiko rendah untuk tidak terkena penyakit, ia adalah masuk akal jika ia mampu untuk membantu anda hidup lebih lama.
.
Beberapa kajian mendapati bahawa mereka yang gemarkannya mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mati disebabkan oleh penyakit.
.
Dalam dua buah kajian yang agak besar, ia didapati mampu untuk mengurangkan risiko mati akibat penyakit sebanyak:
- 20% pada lelaki
- 26% pada wanita
.
Bagi mereka yang mempunyai masalah diabetes jenis 2 pula, ia mampu untuk mengurangkan risiko kematian sebanyak 30%.
.
.
13. Sumber Antioksida
.
.
.
.
Bagi mereka yang mengamalkan diet barat, kopi pastinya menjadi diantara aspek yang paling menyihatkan dalam diet mereka.
.
Hal ini kerana kopi sangat kaya dengan antioksida dimana kajian menunjukkan mereka mendapat lebih antioksida daripada apa yang ada didalam buah dan sayur-sayuran. (Kajian 17).
.
Jadi, tidak hairan juga sekiranya ia menjadi diantara minuman yang paling menyihatkan di dalam dunia.
.
.
Kesimpulannya disini adalah, kopi boleh dijadikan sebagai diantara diet anda kerana ia mempunyai terlalu banyak manfaat didalamnya.
.
Namun, pastikan anda mengambil kopi dalam cara yang betul dan elakkan terlalu banyak gula atau pemanis tambahan.
.
Biasa la kan kopi Malaysia ni ada macam-macam termasuklah kopi kuat.
.
Baca Juga : Kopi Songkok – Dan Alternatif Kopi Kuat Selamat Serta Berkesan
.
Belum kira kopi viral lagi yang menggunakan terlalu banyak gula tambahan yang merbahaya.
.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai kopi. Semoga bermanfaat!