Kopi songkok tu apa sebenarnya?.
.
Rasanya macam dah selalu sangat terdengar mengenai kopi songkok ini tapi tak tahu macam mana nak bezakan kopi songkok original dan juga kopi songkok tiruan.
.
Selain daripada kopi jenis ini, apa lagi yang ada yang boleh diminum sebagai alternatif yang juga diyakini selamat dan berkesan serta tidak meninggalkan kesan buruk pada tubuh?
.
Itulah apa yang akan kami kongsikan kali ini mengenai kopi ini dan alternatif kopi kuat yang ada yang anda boleh cuba dapatkan. Jom baca.
.
.
Kopi Songkok Ori Idaman Para Lelaki
.
.
.
.
Kopi songkok hijau merupakan jenama kopi songkok yang sangat popular sewaktu awal kemunculannya dan sentiasa menjadi pilihan para lelaki terutamanya di warung.
.
Hal ini kerana ia dikatakan mampu untuk memberikan kekuatan dan kesihatan seksual yang lebih hebat serta harganya juga yang sangat-sangat mampu milik berbanding kopi lain.
.
Tak salah juga kalau nak dikatakan bahawa kopi songkok lebih terkenal dan lebih laris jika nak dibandingkan dengan jenama-jenama kopi lain yang lebih besar.
.
Ia dikatakan mempunyai terlalu banyak khasiat dan juga kebaikan yang terbaik untuk lelaki kerana ia termasuk dalam kategori kopi kuat yang memberikan kesan sama seperti ubat kuat.
.
Sebelum anda juga berasa excited dengan kopi songkok ini, izinkan kami untuk berkongsi dengan selengkapnya kepada anda apa yang ada dapat daripada kopi ini.
.
Baca Juga : Kopi – 13 Manfaat Yang Dibuktikan Daripada Kajian Untuk Lelaki
.
Khasiat Kopi Songkok
.
.
.
.
Antara khasiat utama kopi ini adalah, ia dikatakan mampu untuk memberikan:
- Kesan sepantas 30 minit untuk mengeraskan zakar
- Meningkatkan tenaga batin lelaki
- Menambah keinginan seksual lelaki
- Mengelakkan masalah zakar lembik
- Membantu mengawal daripada masalah pancut awal
.
Kelebihan kopi songkok inilah yang menjadikan ia semakin laris di pasaran sehingga ke hari ini dan terlalu ramai lelaki yang ingin mendapatkannya.
.
Mereka sudah mulai dikaburkan dengan segala kebaikan dan khasiat yang dikatakan ada pada kopi kuat ini sehingga mengabaikan beberapa perkara penting.
.
Sebenarnya, memang ia benar-benar berkhasiat dan selamat untuk diminum atau tidak?
.
Itulah apa yang kami ingin bongkar dan kongsikan dengan anda dalam perkongsian kali ini yang berkaitan dengan kopi ini.
.
.
Kopi Songkok Bahaya
.
.
.
.
Ia bukanlah satu kenyataan yang sengaja direka untuk menjatuhkan mana-mana produk yang ada di pasaran.
.
Sebenarnya beberapa tahu yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah mengeluarkan senarai kopi kuat yang beracun dan merbahaya untuk kesihatan.
.
Terdapat beberapa lagi jenama lain yang turut ada didalam senarai ini dan ia merupakan senarai yang anda perlu ambil tahu jika anda juga ingin mendapatkan sebarang jenis atau jenama kopi kuat.
.
Belum lagi dikira dengan kopi songkok tiruan yang ada di pasaran yang menggunakan lebih banyak bahan-bahan kimia yang membahayakan kesihatan.
.
Susah sebenarnya untuk anda bezakan diantara kopi songkok beza original dan tiruan kerana ia seakan-akan langsung tiada bezanya.
.
.
Kenapa Kopi Songkok Merbahaya?
.
.
.
.
Antara bahan yang dikesan terdapat didalam kopi ini dan kopi-kopi yang ada didalam senarai yang telah dikeluarkan oleh KKM adalah sidenafil.
.
Bahan-bahan lain yang turut dikesan terdapat didalam produk-produk tersebut adalah:
- Analognya
- Steroid
- Antihistamin
- Sibutramine
- Taladafil
.
Apa sebenarnya kesan yang anda akan terima jika anda mengambil sebarang produk yang mengandungi sildenafil ini terutamanya terhadap kesihatan anda?
.
Jangan terkejut dan berasa geram pula kenapa pengusaha produk-produk ini tergamak untuk memasukkan sildenafil kedalam produk mereka.
.
.
Bahaya Sildenafil
.
.
.
.
Sildenafil merupakan sejenis ubat yang diletakkan dalam kategori kumpulan phosphodiesterase (PDE) inhibitors dan digunakan dalam:
- Rawatan mati pucuk
- Rawatan kegagalan ereksi
.
Hal ini kerana jika digunakan sebagai ubat, ia mampu untuk mengembangkan saluran darah yang terdapat pada zakar anda terutamanya apabila anda mulai terangsang.
.
Dalam keadaan sebegini ditambah dengan bantuannya, darah lebih mudah untuk mengalir ke zakar sekaligus memberikan kekerasan dan ketegangan pada zakar.
.
Ia bukanlah dalam kategori penyembuh masalah tersebut kerana sifatnya lebih kepada penyelesaian masalah jangka masa pendek dan hanyalah bersifat sementara sahaja.
.
.
Kesan Sampingan Sildenafil
.
.
.
.
Banyak sebenarnya kesan sampingan yang ada didalam sildenafil yang terdapat di dalam kopi ini antaranya:
- Sakit kepala
- Pening
- Rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada
- Hidung tersumbat
- Ketidakhadaman
- Degupan jantung pantas
- Serangan jantung
- Angina pektoris
- Kemurungan
- Migrain
- Penglihatan semakin kabur, biru atau sensitif terhadap cahaya
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan salur kencing
.
Bayangkan pula jika di dalam kopi yang anda minum itu mempunyai jumlah dos yang tidak diketahui jumlahnya dan bukan dibawah pengawasan doktor.
.
Ditambah pula jika selama ini anda sendiri tidak tahu apa masalah kesihatan yang anda ada dan jika tiba-tiba anda terkena serangan jantung, risiko untuk maut itu tinggi.
.
Kebanyakan pengusaha kopi kuat akan memasukkan jumlah sildenafil dalam kuantiti yang sangat banyak agar kesannya dapat dilihat dan dirasai segera oleh pengguna.
.
Apabila pengguna melihat kesannya, mereka akan berterusan membeli lagi dan ini merupakan salah satu teknik pemasaran yang tidak bertanggungjawab.
.
.
Pengalaman Minum Kopi Songkok
.
.
.
.
Antara pengalaman yang paling kerap dikongsikan oleh mereka yang mengambil kopi ini pada mulanya sama seperti apa yang dikatakan oleh pengeluar.
.
Kekuatan seksual mereka memang meningkat berkali-kali ganda, namun selepas penggunaan yang beberapa kali, mereka mula memberikan maklum balas negatif.
.
Nak tahu kenapa KKM terlintas untuk keluarkan senarai yang disebutkan tadi? Semuanya selepas beberapa mangsa lelaki mengalami serangan jantung mendadak.
.
Ada juga yang muntah selepas alami sakit dada dan sesak nafas sebelum akhirnya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
.
Namun, jika anda melihat kopi songkok review, ramai juga sebenarnya yang mengatakan mereka sudah bertahun-tahun dengan cara minum kopi songkok namun tiada masalah apa-apa.
.
Mungkin kesan terhadap mereka tidak segera kelihatan namun ia akan memberikan kesan dalam jangka masa panjang.
.
Banyak sebenarnya bahaya kopi songkok dan berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh KKM, tidak salah untuk mengatakan kopi songkok beracun.
.
.
Apa Alternatif Kopi Kuat?
.
.
.
.
Lebih baik sebenarnya jika anda terus tinggalkan kopi ini dan kopi-kopi kuat yang lain dan fokus pada pengambilan kopi yang lebih berkhasiat.
.
Kalau anda perasan, kebanyakan kopi kuat menggunakan tongkat ali sebagai bahan utamanya kerana kita semua tahu bahawa tongkat ali sangat-sangat baik untuk kesihatan lelaki.
.
Untuk anda memilih kopi kuat terbaik berasaskan tongkat ali, anda perlu pastikan ia:
- Tidak mempunyai gula tambahan
- Mempunyai kelulusan daripada KKM
- Menggunakan teknologi yang tepat dalam mengesktrak tongkat ali
- Dihasilkan oleh syarikat yang diiktiraf
- Disyorkan oleh pakar
.
Sekalipun nampak macam banyak sangat syarat yang anda perlu teliti terlebih dahulu sebelum mendapatkan alternatif kopi ini, ia sebenarnya sangat diperlukan kerana jika tersalah pilih, ia akan merisikokan kesihatan anda.
.
Cadangan kami untuk anda adalah Nu-Caffe seperti yang telah disyorkan oleh pakar.
.
.
Baca Juga : Kopi Tongkat Ali – Sejauh Mana Keberkesanan Ia Terhadap Lelaki
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai kopi songkok dan alternatif kopi kuat dan berkesan yang ada yang anda boleh cuba.
.
Semoga perkongsian kami kali ini memberikan manfaat buat anda.