Kalau dulu, biasanya kita lebih banyak dengar mengenai teh hijau berbanding dengan kopi hijau.

.

Namun kini, kopi hijau Malaysia semakin mendapat permintaan dalam kalangan masyarakat dan sambutannya boleh tahan meriah juga.

.

Kopi Hijau

.

Hal ini kerana ia dikatakan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup.

.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda secara terperinci mengenai kelebihan dan juga segala risiko yang ada padanya. Jom baca!

.

.

Apa Itu Kopi Hijau?

.

.

Kopi Hijau

.

.

Ia merupakan biji kopi yang sama sahaja seperti kopi biasa namun bezanya adalah ia tidak dipanggang dan benar-benar mentah.

.

Ekstraknya sangat popular digunakan sebagai suplemen diet namun ia juga dalam bentuk biji kopi penuh.

.

Cara pengambilan biji kopi penuh ini sama seperti kopi panggang yang lain dimana ia dijadikan sebagai minuman.

.

Tapi, anda perlu tahu bahawa rasanya tidak sama seperti kopi lain kerana ia mempunyai rasa yang lebih kepada teh herba berbanding rasa kopi itu sendiri.

.

Apa yang lebih menarik adalah komposisi kimianya adalah berbeza dengan kopi panggang sekalipun ia datang daripada sumber yang sama.

.

Baca Juga : Kopi – 13 Manfaat Yang Dibuktikan Daripada Kajian Untuk Lelaki

.

Apa Yang Ada Dalam Kopi Hijau?

.

.

.

.

Ia mempunyai kandungan asid klorogenik yang sangat banyak.

.

Asid ini merupakan sebatian yang mempunyai:

  • Antioksidan yang tinggi
  • Anti radang yang tinggi

.

Kedua-dua ciri ini akan memberikan banyak kelebihan dan kebaikan kepada kesihatan manusia. (Kajian 1)

.

Sebenarnya dalam kopi panggang pun ada jumlah asid ini dalam jumlah yang sedikit namun hampir semuanya musnah dalam proses memanggang.

.

.

Kopi Hijau Untuk Kuruskan Badan

.

.

Kopi Hijau

.

.

Ramai sebenarnya pengusaha produk berasaskan kopi ini mengatakan bahawa ia mampu untuk membantu dalam proses menurunkan berat badan.

.

Namun, adakah ia benar-benar berkesan? Pada tahun 2012, seorang doktor selebriti dan juga hos sebuah talk-show di Amerika, Dr. Oz telah mempromosikan ekstrak kopi ini.

.

Menurutnya, ia mampu untuk menjadi sebagai suplemen menurunkan berat badan yang sangat berkesan.

.

Ramai sebenarnya pakar yang kemudiannya tampil untuk membangkang kenyataan ini namun ia masih kekal popular sebagai suplemen menurunkan berat badan di pasaran.

.

.

Tidak Cukup Bukti dan Kajian

.

.

Kopi Hijau

.

.

Tidak banyak bukti dan juga kajian mengenai asid klorogenik dan juga keberkesanannya sebagai suplemen menurunkan berat badan.

.

Sebuah kajian telah dijalankan dan memang benar bahawa ia mempunyai kesan tersebut, namun kesannya adalah sangat kecil dan kajian tersebut juga sangat singkat. (Kajian 2)

.

Kajian tersebut juga dikatakan dirangka dengan perancangan yang sangat lemah jadi ia tidak cukup untuk menjadi bukti kesan kopi hijau dalam hal ini.

.

Ada beberapa kajian kecil yang dijalankan juga terhadap tikus namun kesannya terhadap manusia belum benar-benar terbukti sekaligus menyangkal dakwaan bahawa kopi hijau hilang lemak. (Kajian 3)

.

Walaupun ada kajian yang dilakukan terhadap manusia, namun kajian tersebut dijalankan dalam keadaan:

  • Saiz kajian yang kecil
  • Tempoh kajian yang singkat

.

.

Kelebihan Kopi Hijau

.

.

Kopi Hijau

.

.

Ada beberapa khasiat kopi hijau dan juga kebaikan kopi hijau yang anda perlu tahu.

.

Ia turut mempunyai banyak lagi kelebihan lain selain daripada menurunkan berat badan.

.

Asid klorogenik sebenarnya sangat membantu dalam mengurangkan risiko untuk anda mendapat penyakit kronik seperti:

  • Diabetes
  • Penyakit jantung

.

Dalam sebuah kajian selama 8 minggu, 50 orang yang mempunyai simptom metabolik seperti tekanan darah dan kadar gula yang tinggi telah diberikan 400 mg ekstrak kopi ini sebanyak dua kali sehari. (Kajian 4)

.

Bagi mereka yang mengambil ekstrak tersebut, beberapa kesan positif dapat dilihat pada mereka seperti:

  • Paras gula normal
  • Tekanan darah normal
  • Ukur lilit pinggang yang lebih kecil

.

Walaupun kajian ini kelihatan sangat meyakinkan, namun, lebih banyak kajian lagi diperlukan bagi mengukuhkan lagi fakta keberkesanan kopi ini.

.

.

Risiko dan Kesan Sampingan

.

.

Ia secara umumnya sangat selamat untuk diminum namun ia juga mempunyai banyak risiko dan keburukan kopi hijau seperti:

.

.

a. Kafein Berlebihan

.

.

Kopi Hijau

.

.

Sama seperti kopi yang dipanggang, kopi ini secara semulajadinya turut mengandungi kafein.

.

Walaupun pengambilan pada tahap biasa masih lagi selamat untuk kebanyakan individu yang sihat, pengambilan berlebihan akan memberikan kesan negatif:

  • Rasa cemas
  • Gangguan tidur
  • Peningkatan tekanan darah
  • Kerap kencing
  • Perut meragam

.

Secawan kopi sekitar 8 auns akan memberikan anda sekitar 100mg kafein bergantung kepada jenis dan juga cara membancuh kopi.

.

Sebahagian daripada kafein ini akan hilang sewaktu proses memanggang dimana kopi ini berkemungkinan mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding kopi hitam.

.

Suplemen kopi ini pula biasanya memberikan sekitar 20-50mg kafein per kapsul dan sebahagian daripada mungkin hilang ketika dalam proses.

.

Tak kira dalam bentuk apa sekalipun anda mengambilnya, anda perlu mengambilnya dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan.

.

.

b. Mengganggu Kesihatan Tulang

.

.

.

.

Dalam sebuah kajian terhadap tikus selama 2 bulan, ia menunjukkan kesan pengurangan kalsium yang sangat ketara dalam tisu tulang selepas diberikan dos kopi ini secara harian. (Kajian 5)

.

Hasil daripada kajian ini menunjukan bahawa ia tidak sesuai untuk diambil dalam satu tempoh yang lama.

.

Hal ini kerana ia memberikan kesan terhadap kesihatan tulang.

.

Namun, kajian kesan kopi ini terhadap kesihatan tulang manusia masih lagi diperlukan untuk memastikan samada ia memberikan kesan yang sama seperti terhadap tikus atau sebaliknya.

.

.

Dos Kopi Hijau

.

.

Kopi Hijau

.

.

Setakat ini, data yang ada masih tidak mencukupi untuk memberikan anda cadangan dos yang paling optimal untuk pengambilan kopi ini.

.

Namun, ada satu kajian yang mengatakan pengambilan 400mg ekstrak kopi hijau dua kali sehari tidak menunjukkan sebarang kesan sampingan. (Kajian 6)

.

Apapun, kami sarankan anda untuk meminta nasihat daripada pakar sekiranya anda ingin mengambil ekstrak kopi hijau.

.

Ia adalah perlu supaya dos yang anda ambil tidak akan berikan sebarang kesan buruk terhadap kesihatan anda.

.

.

Dimana Saya Boleh Dapatkan?

.

.

.

.

Anda boleh mendapatkan kopi hijau di farmasi atau beberapa jenama seperti:

  • kopi hijau shima
  • kopi hijau syma
  • kopi hijau alana
  • kopi hijau di watson
  • kopi hijau moringa

.

Tak kisah jenama mana yang anda ingin minum, pastikan anda mengkaji dulu beberapa perkara penting seperti keaslian, kelulusan daripada KKM dan juga siapa pengeluarnya.

.

Kopi ini ada dalam berbagai bentuk seperti:

.

.

a. Serbuk Kopi

.

.

.

.

Ekstrak kopi hijau dalam bentuk serbuk kopi biasanya dibungkus dalam sachet dan dapat dibancuh dengan segera.

.

Ada masanya ia akan hadir bersama-sama dengan gula tambahan atau krimer supaya pelanggan dapat menikmati keenakan dan memperoleh manfaat kopi hijau ini.

.

.

b. Dalam Bentuk Pil

.

.

Kopi Hijau

.

.

Ada juga yang hadir dalam bentuk pil dan hadir dalam dos yang berbeza dimana ia memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk memilih dos mereka sendiri.

.

Dengan cara ini juga, anda dapat mengelakkan sebarang kesan sampingan yang negatif sehingga menjejaskan kesihatan anda.

.

Ia juga merupakan alternatif kepada mereka yang tidak gemarkan kopi namun masih lagi boleh mendapat manfaat dan khasiat kopi.

.

Baca Juga : Kopi Tongkat Ali – Sejauh Mana Keberkesanan Ia Terhadap Lelaki

.

c. Biji Kopi Hijau

.

.

.

.

Ia sesuai untuk mereka yang suka membancuh kopi sendiri dimana anda boleh mengisar biji ini.

.

Namun, kaedah ini akan menyebabkan asid klorogenik tidak dapat tertumpu sepertimana ekstrak kopi dan rasanya juga sedikit kurang enak.

.

Sebenarnya kami ada sejenis kopi yang ingin kami cadangkan kepada anda iaitu, Nu-Cafee.

.

Ia telah disyorkan oleh pakar seperti didalam video dibawah.

.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai kopi hijau dan segalanya yang anda perlu tahu.

.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang sangat berguna kepada anda.

.

Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.