Kopi tongkat ali ni betul-betul berkesan ke?

.

Kita sudah selalu sangat dengar kebaikan tongkat ali dan kajian sendiri telah membuktikan bahawa ia memberikan banyak kebaikan.

.

Kopi Tongkat Ali

.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda berkenaan kopi tongkat ali terbaik, kebaikan dan kelebihan yang diberikan oleh tongkat ali.

.

Jom baca.

.

.

Tongkat Ali – Pengenalan

.

.

.

.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai kopi tongkat ali, adalah lebih baik untuk anda tahu terlebih dahulu apa sebenarnya tongkat ali ini.

.

Nama saintifik tongkat ali, Eurycoma Longifolia, merupakan tumbuhan yang sentiasa dikaji kebaikannya.

.

Pokok tongkat ali banyak dijumpai di kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Vietnam.

.

Ada sesetengah spesis pokok tongkat ali turut tumbuh di kawasan di Kemboja, Myanmar dan juga Thailand.

.

Nama lain bagi tongkat ali adalah:

  • Longjack
  • Ginseng Malaysia

.

.

Kopi Tongkat Ali – Berapa Spesis Tongkat Ali?

.

.

Kopi Tongkat Ali - Jenis Tongkat Ali

.

.

Terdapat beberapa jenis pokok lain yang orang ramai turut anggap sebagai tongkat ali.

.

Antaranya adalah:

  • Entomophthora apiculata
  • Polyalthia bullata
  • Goniothalamus

.

Namun, dalam artikel berkenaan kopi tongkat ali ini, kami hanya akan fokus kepada jenis Eurycoma longifolia sahaja.

.

.

Khasiat Tongkat Ali

.

.

a. Meningkatkan Kadar Testosterone

.

.

.

.

Untuk pengetahuan anda, testosterone merupakan hormon utama yang ada pada lelaki.

.

Kalau anda perasan, segala produk kesihatan atau kekuatan lelaki mesti akan claim bahawa ia mengandungi testosterone.

.

Nak tahu kenapa? Hal ini kerana ia membantu untuk:

  • Meningkatkan libido (keinginan seksual lelaki)
  • Membantu dalam pembesaran otot
  • Membantu dalam kesihatan tulang yang baik

.

Semakin bertambah umur, semakin berkurang paras testosterone seseorang lelaki.

.

Keadaan ini pula akan menyebabkan lelaki menghadapi andropause, keadaan yang sama seperti menopause bagi wanita.

.

.

b. Menambah Keinginan Seksual

.

.

.

.

Sebab itulah ia menjadi kegilaan para lelaki kerana ia dikatakan mampu untuk meningkatkan keinginan seksual lelaki.

.

Hal ini dibuktikan sendiri menerusi sebuah kajian yang dijalankan pada tikus tua dimana ia diberikan tongkat ali selama 10 hari pada tahun 2003.

.

Hasilnya, tikus tersebut menunjukkan peningkatan dalam aktiviti seksual mereka.

.

Dalam kopi tongkat ali pula, ramai yang memberikan testimoni seperti:

  • Ereksi lebih lama
  • Tidak mudah pancut awal
  • Zakar lebih keras
  • Lebih bernafsu

.

Itulah antara kebaikan tongkat ali dari segi seksual yang menjadi tarikan utama kopi tongkat ali.

.

.

c. Mengurangkan Lemak dan Membina Otot

.

.

Kopi Tongkat Ali

.

.

Kelebihan tongkat ali ini pula telah dibuktikan dalam sebuah kajian dimana Jurnal Perubatan British telah mengatakan bahawa pengambilan ekstrak tongkat ali sebanyak 100 mg sehari dapat meningkatkan jisim otot.

.

Ia dilakukan dalam tempoh lima minggu dan haruslah melakukan program latihan yang lebih intensif.

.

Tongkat ali mampu mengurangkan lemak dan menambah berat otot.

.

Atlet juga mampu menunjukkan peningkatan kerana ia mengandungi quassinoids yang membantu:

  • Tubuh menggunakan tenaga dengan lebih efisien
  • Mengurangkan keletihan
  • Meningkatkan daya ketahanan badan dan otot

.

.

d. Meningkatkan Kesuburan Lelaki

.

.

.

.

Berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2010, seramai 75 orang lelaki telah menunjukkan peningkatan dalam kualiti sperma mereka.

.

Hal ini berlaku selepas mereka mendapatkan 200mg tongkat ali setiap hari.

.

Pengambilan tersebut adalah selama tiga bulan dan sebanyak 15% telah menunjukkan tanda positif iaitu kehamilan isteri mereka.

.

Jadi, ia telah berjaya dibuktikan bahawa ia mampu untuk menambah kualiti sperma sekaligus memberikan kesan positif terhadap kesuburan lelaki.

.

.

Khasiat Tongkat Ali Untuk Wanita

.

.

.

.

Jika tadi, kami dah kongsikan dengan anda mengenai khasiat tongkat ali untuk lelaki.

.

Jadi, anda mungkin tertanya-tanya apa pula khasiatnya untuk wanita kan?

.

Ramai tersalah faham dengan kebaikannya meningkatkan peluang kehamilan kerana ia lebih berkait rapat dengan peningkatan hormon testosterone dan juga kualiti sperma lelaki.

.

Sebab itulah peluang untuk hamil meningkat dan menurut kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine dimana ia memberikan kesan:

  • Peningkatan libido
  • Mengatasi masalah zakar lembik
  • Membantu mengelakkan ejakulasi pramatang

.

Menurut kajian Asian Journal of Andrology yang diterbitkan pada tahun 2010 pula:

  • Menyelesaikan masalah kuantiti sperma
  • Meningkatkan kualiti sperma

.

.

Kopi Tongkat Ali Malaysia

.

.

.

.

Ada banyak jenis di Malaysia seperti kopi tongkat ali CNI, kopi tongkat ali hitam dan bermacam-macam lagi.

.

Semuanya dikatakan mampu untuk memberikan kebaikan buat lelaki terutamanya dari segi kesihatan secara umum dan kesihatan secara seksual.

.

Tongkat ali kopi pilihan namun ada juga sebenarnya yang menghasilkan jenis tiruan seperti kopi tongkat CNI tiruan.

.

Jadi, apabila anda mencari kopi untuk lelaki ini, pastikan anda mendapatkan yang asli kerana ia termasuk dalam kategori kopi kuat dan sudah ada banyak yang disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

.

Hal ini kerana banyak daripada memberikan kemudaratan dan keburukan buat tubuh badan manusia.

.

Baca Juga : Kopi Songkok – Dan Alternatif Kopi Kuat Selamat Serta Berkesan

.

.

Pemilihan Kopi Tongkat Ali

.

.

a. Tidak Mengandungi Bahan Kimia Merbahaya

.

.

Ini merupakan perkara yang paling anda perlu berikan perhatian kerana kebanyakan kopi diluar sana memang mampu untuk memberikan kebaikan.

.

Namun, dalam masa yang sama, kaedah atau bahan campuran lain yang digunakan termasuk dalam kategori bahan kimia yang membahayakan kesihatan.

.

b. Tanpa Gula Tambahan

.

.

Kopi Tongkat Ali

.

.

Ini juga merupakan perkara yang anda perlu berikan perhatian jika anda ingin mendapatkan sebarang produk kopi tongkat ali.

.

Hal ini kerana kebanyakan kopi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi sekaligus bakal memberikan kesan yang sangat bahaya pada kesihatan.

.

Tanpa gula tambahan, tidak mustahil untuk bacaan gula anda turun dengan lebih banyak tanpa perlu untuk anda meninggalkan nikmat minum kopi seperti kebiasaan.

.

Selain itu, jika anda tidak mengambil minuman manis lain, paras gula dalam badan dan darah anda akan menurun sekaligus memberikan anda rasa yang lebih bertenaga.

.

Badan anda juga akan menjadi jauh lebih ‘ringan’ daripada apa yang anda selalu rasakan.

.

.

C. Teknologi Yang Digunakan

.

.

.

.

Anda perlu tahu satu perkara dimana kesemua kopi yang mengatakan bahawa mereka menggunakan tongkat ali sebagai bahan utama, bukanlah semuanya bakal memberikan anda manfaat yang maksimum.

.

Kebanyakan teknologi yang digunakan untuk mendapatkan ekstrak tongkat ali sebenarnya telah membunuh segala khasiat yang ada padanya sehinggakan anda mungkin hanya minum kopi biasa sahaja.

.

Ada masanya, bahan-bahan lain seperti bahan kimia yang merbahaya pula akan menjadi bahan utama sehingga memberikan kesan bahaya kepada tubuh badan anda.

.

Sebab itulah anda perlu kaji dengan teliti dahulu sebelum anda mendapatkan mana-mana produk kerana jika tersalah pilih, badan anda yang merana.

.

Baca Juga : Kopi – 13 Manfaat Yang Dibuktikan Daripada Kajian Untuk Lelaki

.

.

Cadangan Kopi Tongkat Ali

.

.

.

.

Antara kopi tongkat ali yang diyakini di pasaran sekarang ini adalah Nu Caffe dimana ia merupakan kopi yang:

  • Tidak mengandungi bahan kimia merbahaya
  • Tanpa gula tambahan
  • Tidak memberikan kesan negatif kepada badan anda
  • Ia dihasilkan melalui teknologi Tongkat Ali Physta yang diiktiraf antarabangsa
  • Keluaran Biotropic Malaysia yang merupakan syarikat bumiputera yang diiktiraf

.

Jom dengar apa kata pakar, Dr Ismail Tambi mengenai Nu-Caffe menerusi video dibawah ini.

.

.

Menarik kan? Sehingga pakar sendiri mencadangkan anda untuk mendapatkan Nu-Caffe.

.

Tiada masalah untuk anda mendapatkan produk jenama lain sekalipun sekiranya anda telah melakukan kajian akan keberkesanan dan juga keselamatannya.

.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai kopi tongkat ali. Semoga bermanfaat!