Kopi O memang merupakan pilihan rakyat Malaysia jika ke warung, kedai makan atau restoran.
.
Entah dari bila lagi ia menjadi popular dan entah berapa jenis atau nama yang menggambarkan kopi O yang ada di Malaysia ini.
.
Antara jenis kopi O kegemaran rakyat Malaysia adalah:
- Kopi O ais
- Kopi O kosong
- Kopi O peng
- Kopi O Aik Cheong
- Kopi O kaw
.
.
Sebenarnya kan, banyak kajian yang menunjukkan bahawa minuman ini memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.
.
Jom kami kongsikan beberapa manfaat yang anda boleh dapati daripada Kopi O dan link kajian akan diberikan kepada anda nanti di penghujung artikel.
.
.
Khasiat Kopi O
.
.
.
.
Berita baiknya untuk anda, semakin banyak kajian yang dilakukan untuk mengkaji khasiat yang ada pada kopi dan apa yang lebih baiknya adalah, ia benar-benar mempunyai banyak kebaikan.
.
Kalau anda nak minum kopi O anda dengan hati yang tenang tanpa perlu fikirkan soal sakit dan penyakit, anda perlu habiskan membaca perkongsian kami ini dahulu.
.
Barulah anda boleh tahu apa sebenarnya yang menjadikan minuman kopi O anda itu selamat dan tidak merisikokan anda untuk ditimpa sebarang penyakit.
.
Menurut pakar pemakanan di Johns Hopkins University School of Medicine, Diane Vizthum,
.
“Kafein merupakan perkara pertama yang akan terlintas di fikiran anda apabila anda memikirkan berkenaan kopi. Ia juga mengandungi antioksidan dan juga bahan aktif lain yang mampu mengurangkan keradangan dan melindungi anda daripada penyakit.”
.
.
Apa Manfaat Utama Kopi?
.
.
.
.
Biji kopi atau serbuk kopi yang anda bancuh dengan cara yang betul akan memberikan anda terlalu banyak kebaikan.
.
Lebih daripada memberikan anda tenaga semata-mata tambah-tambah bila di Malaysia ini siapa ada kopi kuat untuk kesihatan seksual dan sebagainya.
.
Tapi, tahukah anda bahawa ia mempunyai terlalu banyak manfaat lain dan mampu juga untuk mengelakkan anda daripada terkena penyakit.
.
Tak salah juga kalau para pengkaji mengatakan bahawa dengan meminum kopi, anda mampu untuk hidup lebih lama.
.
Baca Juga : Kopi Tongkat Ali – Sejauh Mana Keberkesanan Ia Terhadap Lelaki
.
Nak tahu kenapa? Kami ada kongsikan di bawah ini:
.
.
a. Hidup Lebih Lama
.
.
.
.
Antara kajian-kajian terkini terhadap kebaikan kopi telah mendapati bahawa mereka yang minum kopi secara kerap akan mengurangkan risiko kematian akibat penyakit.
.
Kesannya adalah sama untuk lelaki dan perempuan dimana ia akan mengelakkan anda daripada terkena penyakit seperti:
- Masalah jantung
- Strok
- Diabetes
- Kegagalan buah pinggang
.
Bila anda dapat mengelakkan diri daripada terkena penyakit ini hasil daripada anda meminum kopi O kegemaran anda, sudah pastinya anda boleh hidup lebih lama kan?
.
Badan anda juga akan menjadi lebih sihat, cergas dan bertenaga lebih dari kebiasaan.
.
.
b. Paras Gula Lebih Baik
.
.
.
.
Bagi anda yang suka minum kopi O, kebaikan kopi juga dapat dilihat dari segi kesannya terhadap paras gula dalam badan anda.
.
Ia mampu untuk membantu badan anda memproses glukosa atau anda boleh juga menyebutnya sebagai gula dengan kadar yang lebih baik.
.
Kajian mendapati bahawa bagi mereka yang minum kopi secara kerap pada kadar yang optimal setiap hari mampu mengelakkan diri mereka daripada terkena masalah diabetes.
.
Jenis diabetes yang mampu untuk diatasi adalah diabetes jenis 2.
.
.
c. Kurang Risiko Kegagalan Jantung
.
.
.
.
Ini juga merupakan diantara kelebihan utama yang ada pada kopi sehingga menjadikan ia diantara minuman yang paling menyihatkan di dunia.
.
Berdasarkan kajian, mereka yang minum sekitar satu atau dua gelas kopi setiap hari mampu untuk mengelakkan risiko daripada menghadapi masalah kegagalan jantung.
.
Hal ini kerana jantung yang lemah mengalami masalah untuk mengepam darah dengan efisien ke arah jantung.
.
Kafein dikatakan mampu untuk meningkatkan tekanan darah namun ia hanyalah pada kadar yang sangat rendah dan tidak membahayakan kesihatan.
.
.
d. Mengelakkan Parkinson
.
.
.
.
Anda biasa dengar mengenai penyakit Parkinson yang merupakan diantara masalah neuron yang paling banyak dihadapi oleh individu di dunia.
.
Namun, kajian mendapati bahawa dengan pengambilan kafein, ia mampu untuk mengurangkan masalah Parkinson.
.
Ia juga akan membantu mereka yang menghadapi masalah ini untuk mengawal pergerakan mereka dengan lebih baik.
.
Apa yang lebih penting adalah, usahakan diri anda untuk mengamalkan gaya hidup dan corak pemakanan yang sihat serta ambillah kopi setiap hari untuk mengelakkan diri anda daripada menghadapi masalah ini.
.
.
e. Baik Untuk Hati
.
.
.
.
Bagi anda yang suka minum kopi O, pastinya jika hati anda dapat bercakap dengan anda, ia akan mengucapkan terima kasih kerana anda menjaganya dengan baik.
.
Kopi dikatakan mampu untuk memberikan kesan perlindungan kepada hati anda.
.
Hasil kajian juga mendapati bahawa mereka yang kerap minum kopi akan mempunyai paras enzim hati yang berada dalam paras sihat.
.
Berbeza pula dengan mereka yang tidak berapa menggemari minuman daripada kopi ini dimana mereka menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
.
.
f. DNA Lebih Kuat
.
.
.
.
Kopi panggang hitam telah dibuktikan mampu untuk mengurangkan penguraian DNA anda yang berlaku secara semulajadi.
.
Kesan jika penguraian ini berlaku secara tidak terkawal adalah, ia akan membawa kepada masalah seperti kanser atau tumor.
.
Semua ini akan berlaku jika ia tidak dibaiki oleh sel-sel anda pada kadar yang sepatutnya.
.
Jadi, tiada salahnya untuk anda mengambil kopi secara harian pada kadar yang sepatunya.
.
.
g. Risiko Kanser Usus Berkurang
.
.
.
.
Para pengkaji mendapati mereka yang gemar minum kopi mampu untuk mengurangkan risiko daripada terkena kanser usus.
.
Bagi lelaki, ia mampu mengurangkan risiko tersebut sebanyak 20%.
.
Manakala bagi wanita pula ia mampu untuk mengurangkan risiko tersebut sebanyak 26%.
.
Mesti anda yang sangat sukakan kopi O tersenyum gembira setakat ini kan apabila mengetahui banyak sangat kebaikan yang ada pada kopi ini.
.
Nanti dulu, ada lagi sebenarnya kelebihan kopi yang lain.
.
.
h. Mengurangkan Risiko Alzheimer
.
.
.
.
Mereka yang mengalami masalah Alzheimer ini jumlahnya terlalu banyak di seluruh dunia.
.
Ia juga merupakan diantara masalah neuron yang paling banyak dihadapi oleh kebanyakan individu.
.
Kajian mengatakan bahawa pengambilan dua cawan kopi setiap hari mampu untuk mengelakkan risiko daripada terkena masalah ini.
.
Selain itu, bagi mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas yang minum kopi dalam jumlah tersebut dikatakan turut mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami dementia.
.
Baca Juga : Kopi – 13 Manfaat Yang Dibuktikan Daripada Kajian Untuk Lelaki
.
.
i. Mengurangkan Risiko Strok
.
.
.
.
Bagi anda yang gemar untuk minum kopi, ia mampu untuk membantu anda mengelakkan dan mengurangkan risiko daripada terkena strok.
.
Ia mampu untuk mengurangkan sehingga 20% dengan pengambilan kopi pada kadar yang sepatutnya atau sekitar 2 cawan sehari.
.
Bagi wanita pula, anda perlu tahu bahawa punca kematian yang berada pada tangga keempat untuk wanita adalah strok.
.
Dengan pengambilan kopi ini, setidak-tidaknya ia mampu membantu anda melindungi dan mengurangkan risiko tersebut.
.
.
Berapa Banyak Kopi O Boleh Diminum?
.
.
.
.
Kadar yang sepatunya masih lagi dalam kajian oleh para pengkaji dimana ada yang mengatakan kadar yang paling rendah adalah dua cawan sehari.
.
Malah ada yang mengatakan pengambilan 4 cawan sehari masih lagi pada kadar yang optimal dan tidak merbahaya.
.
Namun, perlu juga dilihat cara pengambilan kopi tersebut.
.
Jika ia seperti kopi O kosong, kopi O kurang manis dan yang tidak menggunakan gula tambahan atau pemanis, ia adalah jauh lebih selamat.
.
Masalahnya sekarang ini bagi mereka yang mengatakan diri mereka merupakan penggemar kopi, cara minum kopi mereka adalah salah.
.
Silap haribulan boleh potong kaki!
.
.
Bahaya Kopi Berlebihan
.
.
.
.
Setiap benda sekalipun baik, jika diambil secara berlebihan pasti akan memberikan kemudharatan.
.
Mengambil kopi berkafein secara berlebihan akan menyebabkan:
- Degupan jantung bertambah
- Meningkatkan tekanan darah
- Rasa cemas
- Sukar untuk tidur
.
Menurut Dietary Guidelines for Americans, adalah lebih baik untuk anda hadkan pengambilan kopi seperti berikut:
- Dua ke empat cawan sehari
- Jumlah maksimum pengambilan kafein pula adalah 400 mg sehari
.
Jumlah kafein pula berbeza mengikut jenis kopi yang anda minum.
.
Bagi wanita pula, jika anda hamil, anda perlu bertanyakan pakar mengenai jumlah kafein yang sesuai dalam diet anda.
.
.
Minum Kopi O Cara Sihat
.
.
.
.
Apa yang anda masukkan dalam kopi anda akan menjadi perbezaan samada ia menyihatkan atau sebaliknya.
.
Berbanding dengan memasukkan gula atau krimer ke dalam kopi anda, apa kata anda gunakan bahan-bahan lain seperti dibawah:
- Ekstrak vanila
- Cardamon
- Cinnamon
- Serbuk koko
.
Apapun, janganlah terlalu obses dengan kopi sekalipun ia memberikan anda banyak kelebihan dan kebaikan.
.
Sebenarnya ada satu kopi yang kami nak sarankan pada anda iaitu Nu-Caffe.
.
Tonton video dibawah mengenai sebab kenapa ia telah disyorkan oleh pakar.
.
.
.
Untuk anda yang lebih gemarkan jenis ‘O’, Nu-Caffe ada dalam bentuk Nu-Caffe Black Performan.
.
.
.
.
Kopi O kegemaran anda masih boleh diminum namun pastikan juga anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjaga pemakanan anda.
.
Sekian sahaja perkongsian kami kali ini mengenai khasiat kopi O yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.